Download Filem Seram Munafik 2016 (Review)

6048 views
Berakhir 28 Oktober 2016

DuniaBerkata.com – Tidak beberapa lama lagi filem terbaru dan paling seram Malaysia yang berjudul Munafik akan bisa kita dapatkan, nah sebelumnya mari kita saksikan dulu SINOPSISnya dibawha ini

Sinopsis Filem Seram Munafik

Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.

Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

Sponsored Ad

Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.

Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).

Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.

Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.

Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.

 Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Nabila Huda yang membawa watak Maria dengan sangat baik

Sebenarnya saya nak je cerita semuanya sekali dan apa kesudahannya tapi kesian pula pada siapa yang tak tengok lagi kan. Saya tak suka bila orang jadi spoiler pada cerita yang saya tak tengok lagi, jadi saya pun tak suka jadi spoiler pada orang lain juga. Tapi kalau orang suruh saya rate filem Munafik ni, saya bagi 10/10! Saya bagi 5 bintang out of 5! Sarat dengan pengajaran. Sarat dengan ilmu. Sarat dengan peringatan. Sarat dengan jalan cerita yang saspens.

 Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
credit to : galaksi-media.com

Kita akan terfikir-fikir ketika tengok cerita ni..Siapakah dalang di sebalik semua ni? Kenapa Maria kena kacau sampai begitu sekali? Apa kaitan Adam dengan Maria? Mak tiri Maria jahat ke tidak sebenarnya? Pekin tu ke yang hantar benda tak baik kepada Maria? Apa yang ayah Adam cuba nak beritahu kepada Adam sebenarnya? Kenapa penggali kubur, Shah kelihatan sangat mencurigakan? Kenapa ada sesetengah babak yang membuatkan kita rasa Adam jahat? Ke sebenarnya memang Adam jahat?

Tapi yang lawaknyaa.. saya tak pernah ambik port sangat pun pasal Pak Osman. Tapi rupa-rupanya……

 Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Maria yang dirasuk jin

Saya bukan jenis yang takut tengok cerita seram. Tapi, ada dua scene yang berjaya membuatkan jantung saya dup dap dup dap dengan lajunya.Pertama, scene bila Syamsul Yusof dan Fizz Fairuz pertama kali datang ke rumah Pak Osman untuk mengubati Maria yang telah dirasuk jin. Serius part ni sangat mendebarkan. Saspens terlebih. Jantung macam nak gugur bila Syamsul dan Fizz berlawan dengan jin tu. Meremang bulu roma. Dah la bilik tu gelap, dengan Maria pakai telekung gelap pula tu. Tak paham den kenapa dia tak bukak lampu bilik tu. Mungkin kalau lampu bukak, hantu tu padamkan lampu tu kot. Yang saya tak faham kenapa telekung dia hitam? Hahaha

 Review : Filem Munafik Filem Seram Yang Sebenar
Babak di mana Adam sanggup menggali kubur untuk membawa mayat isterinya ke rumah
credit to : myinfotaip.com

Kedua, scene last. Scene di mana Maria sesat di dalam rumah banglo dan Adam datang menyelamatkan Maria. Masa ni lah kita tahu siapa yang sebenar-benarnya jahat dan siapa yang baik. Kita dapat tahu orang yang bertepatan dengan tajuk filem ni-MUNAFIK. Dapat tahu orang yang telah membuat huru hara di kampung tersebut. Seriuss saya tak sangka dia orangnya. Macam novel Fixi pula bila ending dia ada twist. Dan orang jahat dia unpredictable.

Sponsored Ad

Topik Populer: